1

1

.

.

kepercayaan itu adalah TAUHID


Assalamualaikum sahabat-sahabat moga sentiasa dirahmati Allah selalu, saya rasa amat lama saya bercuti dalam penulisan blog saya ini sejak saya masuk kolej. Terakhir saya kongsikan adalah tulisan dr MAZA dalam bulan 7 2015 baru ni. Saya ingat nak mula balik lah, dah sebab selesai kolej dah.Saya berharap sahabat-sahabat saya sentiasa doakan saya agar diberi kekuatan oleh Allah untuk teruskan menulis artikel-artikel di blog saya ni amin… Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang selalu mengikuti penulisan saya di blog saya ni. Moga-moga bermanfaat untuk kita semua.

Apabila kita menyebut tentang tauhid mesti ia berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan. Mana mungkin kite percaya tetapi tidak yakin atas kepercayaan yang kita percaya begitulah juga tauhid iaitu menunggalkan Allah dalam uluhiyyah (ibadah) rububiyyah (perciptaan) dan asma’wasifat (nama Allah) serta kita yakin dan percaya dengan apa yang kita tauhidkan itu.



Sepertimana firman Allah dalam surah az- Dzariyat :

 “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”

(surah az-Dzariyat : 56)



Ayat ini jelas menyampaikan kepada kita tentang uluhiyyah dan rububiyyah Allah mengabdikan diri dan penciptaan makhluknya.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan ibadah adalah satu ungkapan yang mencakup segala ucapan dan perbuatan baik yang lahir maupun perbuatan batin yang dicintai Allah dan diredhahi Allah. (al ubudiyah hlm. 20)
Agar sesuatu ibadah itu diterima oleh Allah dan Ibadah itu mesti memenuhi dua keadaan pertama ikhlas dan kedua sepertimana tuntutan Rasulullah dan tidak berbau syirik serta bida’ah.

Sepertimana firman Allah dalam surah an-Nahl :

 “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan), ‘Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah thaghut..”
(surah an-Nahl : 36)



Thaghut itu kata Ibnu Qayyim ialah sesuatu sembahan, diikuti dan ditaati melampaui batas oleh seseorang hamba kepada selain Allah. Kata Umar thaghut itu syaitan. Kata imam Malik thaghut itu sembahan selain Allah.


Begitu juga firman Allah tentang ubudiyah dalam surah al-Isra’ :

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-sekali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.

Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah.'Wahai Tuhanku!' Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku di waktu kecil."

(surah al-Isra’ : 23-24)





Dan juga dalam surah an-Nisa :


“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua….”


(surah an-Nisa’ :36)




Dalam surah al An’am :

Katakanlah: Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya dan yang tersembunyi dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri) dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu) dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya). Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu 
bertakwa.

(surah al An’am : 151-153)




Ibnu Mas’ud berkata :

“Barangsiapa yang ingin melihat wasiat Muhammad salallahualaihiwasalam yang tertera di atas cincin beliau, hendaklah membaca firman Allah ta’ala, surah al An’am ayat 151-153 iaitu sampai “Ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah jalan tersebut….”


(Hadith ini hasan,diriwayatkan oleh Tirmizi 3070, Ibnu Abi Hatim dalam kitab at tafsir 8056, Thabrani dalam kitab al Kabir 10060)  




Mu’adz bin jabal menuturkan :

Aku pernah membonceng nabi diatas seekor keldai. Beliau bersabda kepadaku   “Wahai Mu’adz, tahukah engkau apa hak Allah atas hamba-Nya?”Mu’adz menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”Kemudian Rasulullah bersabda, “Hak Allah atas hamba-Nya adalah beribadah hanya kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Sedang hak hamba yang pasti dipenuhi oleh allah adalah dia tidak akan menyiksa hamba yang tidak menyengutukan –Nya”
Aku bertanya “Wahai Rasulullah, bolehkan aku menyampaikan khabar gembira ini kepada khalayak ramai?” Kata baginda “jangan engkau sampaikan dahulu khabar gembira ini, nanti mereka hanya bercakap sahaja tapi tidak beramal”


(Hadith : riwayat Bukhari 2856 Muslim 30)  
  


Dengan kita mendengar dalil-dalil di atas kita akan faham bahawa ibadah hanyalah semata-mata milik-Nya dan sebagai balasannya Allah tidak akan menyiksa kita yang tidak menyengutukan-Nya.


*RUJUKAN KITAB TAUHID TERJEMAHAN OLEH KITAB ASAL SYAIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB
 KELUARAN MEDIA HIDAYAH

WALLAHUALAM..

dikeluar oleh digitalmuslimin