1

1

.

.

KELEBIHAN 10 HARI AWAL BULAN ZULHIJJAH


Kelebihan dan kurniaan yang di berikan kepada ummat nabi Muhammad ialah
dijadikan musim untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan dijanjikan pahala yang berganda.

Salah satunya ialah :

10 hari yang terawal pada bulan Zulhijjah.

Allah telah merakamkan beberapa dalil dalam al-Quran dan telah disampai beberapa hadith tentang kelebihannya:

1.firman Allah

“Demi fajar dan malam yang sepuluh”{al-fajr: 1-2}

Kata ibnu Kasir: yang di maksudkan disini ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zulhijjah.

2.Dari ibnu Abbas Rasulullah bersabda:

“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini “para sahabat bertanya walau berjihat di jalan Allah?
Rasulullah  bersabda: “Walaupun berjihat di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan kembali lagi selepas itu (syahid)”
{HR: Ahmad dan  Termizi}

3.Firman Allah

“Hendaklah kamu menyebut nama-nama Allah pada hari-hari yang di tentukan”
Kata Ibnu Abbas :Maksudnya ialah hari-hari yang sepuluh itu.

4. Dari Ibnu Umar, Rasulullah bersabda:

Tidak ada hari yang lebih besar disisi Allah dan beramal padanya lebih dikasihi  oleh Allah  dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkan lah padanya bertahlil,bertakbir dan bertahmid” {HR ahmad}

5. Adalah Said bin Jubir (perawi yang meriwayatkan hadith Ibnu Abbas di atas ) apabila tiba hari yang tersebut beliau beribadat bersungguh-sungguh sedaya-upaya.
{HR Ad-Darim- Hasan}   
  
6.Kata al-Hafiz Ibnu Hajar :

Yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan sepuluh hari awal zulhijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat  yang besar iaitu: solat,puasa,haji.
Pada waktu lain ibadat-ibadat tidak pernah terhimpun sebegitu.


AMALAN-AMALAN YANG BAIK DILAKUKAN
PADA HARI –HARI TERSEBUT:
               1. SOLAT.
    Thauban berkata :Aku mendengar Rasulullah bersabda “hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud
kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” {hadith  Muslim}

  2.PUASA. 
    Dari Hunaidah bin Khalid,dari isterinya,dari setengah isteri-isteri Rasulullah berkata “Rasulullah berpuasa pada hari Sembilan Zulhijjah,pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan “ {HR imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei}

  3.Adapun puasa pada 9 Zulhijjah hanya disunatkan kepada orang yang tidak mengerjakan haji sahaja.Bagi yang mengerjakan haji adalah tidak sunat kerana baginda tidak pernah melakukannya ketika sewaktu baginda wukuf di Arafah iaitu pada tahun beliau mengerjakan haji.

  4.MEMOTONG BULU DAN KUKU   
     Sesiapa yang ingin melakukan ibadah korban.
Rasulullah bersabda: “Apabila masuk sepuluh terawal bulan Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat  untuk menunaikan ibadah korban ,maka janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.” {HR muslim}.


semoga tulisan ini bermanfaat untuk anda 

dikeluar oleh digitalmuslimin