Pahaman salah dalam masyarakat terhadap syariat sering
menghantui kehidupan beragama.Mereka yang menjunjung tinggi agama seringkali di
lebel sebagai aliran menyimpang bahkan golongan sesat serta nama yang tidak
asing lagi iaitu “WAHABI” tanpa segan silu mereka berikan gelaran ini kepada
pencinta sunnah nabi.Sebaliknya,para pencipta bida’ah dan pengingkari sunnah
dikatakan ahlu tajdid dan pembela agama.Naudhubillah!
BAHAYA
KAFIR-MENGKAFIR SESAMA MUSLIM
Sebenarnya,mengecap sesat dan menyimpang kepada induvidu
bukan suatu yang kecil dan mudah menurut Islam.Bahkan menuduh sesat mestilah
dipertimbangkan dahulu dengan kaedah
yang kuat.
Sebab itulah para ulama sangat berhati-hati sebelum
menunding jari kepada seseorang dengan mempertimbangkan dahulu bukan dengan
melulu tanpa hujah serta dalil yang mengesahkan bahawa dia layak jatuh kafir.
Terlebih lagi bagi masyarakat awam untuk menghukum.Jangan
terlalu mudah menghukum tanpa mempertimbangkan dengan mengatakan “si A ni sesat
si B ni kafir aku tau lah tengok pakaian
dia tu dah tak macam islam”
Hal ini telah disabdakan oleh nabi salallahu alaihi
wasalam:
“Sesiapa
yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak
begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”.(Riwayat al-Bukhari dan
Muslim).
Hadith ini telah member amaran kepada kita supaya
berhati-hati sebelum menuduh seseorang kafir,murtad,musuh Allah dan
sesat.Tetapi perlu dilihat juga kepada orang yang mengatakan seseorang dengan
kafir,musuh Allah dan seumpamanya,boleh jadi orang tersebut jahil dan boleh
jadi orang tersebut tersasul.Tidak mudah juga kita membalikkan kepada si
penuduh itu kafir sebagainya. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal
728H)
“Sesungguhnya
ucapan yang menjadikan seseorang itu kufur ialah seperti mengingkari kewajipan
solat, zakat, puasa dan haji. Namun, pengucapan itu mungkin kerana khitab
(ajaran yang betul dalam perkara tersebut) tidak sampai kepadanya. Jika perkara
itu berlaku, dia tidak dianggap kafir. Contohnya, golongan yang baru menganut
Islam dan hidup di daerah pedalaman yang jauh sehinggakan syariat Islam tidak
sampai kepadanya.” (Majmu’at al-Fatawa, jil: 2, ms: 220.)
Begitu juga Dalam hadis ‘Ali R.A menceritakan :
“Rasulullah
telah mengutuskan aku, Abu Martsad dan al-Zubair (kami semua adalah penunggang
kuda). Baginda bersabda: Pergilah kamu semua sehingga sampai ke Raudah Khakh.
Sesungguhnya di sana ada seorang wanita dari kalangan musyrikin. Dia membawa
bersamanya surat daripada Hatib bin Abi Balta`ah kepada musyrikin.
Maka
kami pun mengejarnya. Dia menaiki unta seperti yang dikatakan oleh Rasulullah
s.a.w. Kami berkata kepadanya: Serahkan surat! Dia menjawab: Kami tidak membawa
sebarang surat. Maka kami pun mendudukkan dan memeriksa wanita itu. Namun, kami
tidak jumpa sebarang surat. Kami berkata: Rasulullah tidak pernah berdusta,
sama ada engkau keluarkan surat tersebut atau kami akan telanjangkan engkau!
Apabila
dia melihat kesungguhan kami maka dia pun terus mendapatkan simpulan kainnya.
Dia pun mengeluarkan surat tersebut, lalu kami terus membawa surat itu kepada
Rasulullah s.a.w. Kata Umar: Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia (Hatib bin Abi
Balta`ah) telah mengkhianati ALLAH, Rasul-NYA dan orang-orang mukmin. Biarkan
aku pancung kepalanya!
Baginda
bersabda (kepada Hatib): Apa yang mendorong tindakanmu? Kata Hatib: “Demi
ALLAH, bukan aku tidak beriman kepada ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w. Tetapi aku
ingin mendapatkan bantuan daripada kaum (Quraisy). Dengannya ALLAH akan
menyelamatkan keluarga dan hartaku. Tidak ada seorang pun di kalangan sahabatmu
yang tidak mempunyai kaum kerabat di sana di mana dengannya ALLAH selamatkan
keluarga dan hartanya.
Sabda
baginda: Dia benar! Janganlah kamu berkata kepadanya melainkan yang baik. Umar
berkata: Sesungguhnya dia telah mengkhianati ALLAH, Rasul-NYA dan orang-orang
mukmin, biar aku pancung kepalanya. Baginda bersabda: Bukankah dia di kalangan
anggota Perang Badar? Sabdanya lagi: Mudah-mudahan ALLAH melihat pada ahli
Perang Badar dan berfirman buatlah apa yang kamu suka. Sesungguhnya telah
dijamin untuk kamu syurga atau AKU telah ampuni kamu semua. Maka menangislah
Umar seraya berkata: ALLAH dan Rasul-NYA lebih mengetahui”. (Riwayat
al-Bukhari).
Begitulah didikan nabi kepada sahabatnya walau keadaan
yang terdesak dihadapi oleh Hatib.Baginda tidak mudah menghukum sebelum
mengetauhi keadaan yang sebenar.Samalah dalam masalah-masalah lain baginda akan
mempertimbangkan dahulu dengan cermat sebelum menjatuhkan sesuatu hukum.
Janganlah kita terpengaruh oleh golongan fanatik yang
mudah menghukum seseorang dengan kafir
atas kepentingan tertentu.
Kerana tidak sembarang orang boleh mengatakan induvidu
sesat atau kafir.hanya para ualamak dan ahli ilmuan yang berhak member
penyataan,itu pun dengan kaedah-kaedah yang kuat serta tidak memudahkan.
dikeluar oleh digitalmuslimin