1

1

.

.

KEBAIKKAN ISLAM SESEORANG, IALAH DENGAN MENIGGALKAN PERKARA YANG TIDAK BERMANFAAT


Dari Abu Hurairah radiallahhu anhu,dia berkata: “Rasulullah salallahu alaihi wasalam bersabda,

“Di antara (tanda) kebaikkan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya”
(Hadith hasan Diriwayatkan oleh at-Tirmizi)

Hadits di atas merupakan salah-satu prinsip dari prinsip-prinsip adab dan etika yang  agung.Dengan itu hadits ini secara umum menerangkan tentang disiplin kehidupan bagi menjalani kehidupan sehari-hari.Jika keislaman seseorang itu baik,pasti dia akan meninggalkan perkara-perkara dan ucapan-ucapan yang tidak bermanfaat apa lagi perkara-perkara yang haram dalam islam,sepertimana sabda nabi salallahu alai hi wasalam:

“Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan
diantaranya ada perkara-perkara yang shubhat….”
Hadith ini diriwayatkan oleh nu’man bin bashir dan disahihkan oleh imamai.
(Rujukan hadith arbain nawawi)

Jelas-jelas hadith ini menerangkan kepada kita supaya berhati-hati diantara sesuatu yang dihalal dan diharamkan.Oleh itu kita sebagai seorang muslim haruslah mempunyai disiplin untuk tidak melanggar peraturan-peraturan yang di gariskan oleh islam.

Para ulama’ menjelaskan, bahawa yang dimaksudkan meniggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat,sebahagian besarnya menunjukkan kepada menjaga lisan (lidah), dari perkataan yang sia-sia.prinsip dasar dalam islam adalah meninggalkan perkara-perkara yang telah diharamkan dalam islam,sepertimana sabda nabi salallahu alai hi wasalam:

“Seorang muslim ialah muslim yang orang muslimin lain selamat dari lidah dan tangannya.dan orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang Allah larang”
Diriwayatkan oleh imam Bukhari dan imam Muslim

Oleh itu jelaslah bahawa islam mengajar ummatnya supaya melakukan sesuatu perkara yang tidak membuang masa dan harta,agar ummat islam melakukan sesuatu yang mana kita tidak akan menyesal dan mempuyai hasil dari apa yang kita telah kerjakan.


Wallahualam.