1

1

.

.

SIAPAKAH IDOLA KITA

Siapa idola kita
Kamu suka siapa?

Saya suka Ronaldo.

Ek eleh itu orang dah lama tak mainlah.

Saya suka kaka.

Apakah kawan-kawan ini tidak islamik langsung?

Kenapa suka kepada orang-orang yang bukan islam?

kenapa tidak kepada orang agamawan seperti Ahmad Dedat dan seumpamanya?

Ini adalah fitnah dunia sekarang anak-anak kita tenggelam dengan kehebatan orang-orang kafir yang terpampar di media masa setiap hari.

Walhal mereka tahu yang itu bukan orang islam dan yang paling mengecewakan,apabila idola mereka beraksi di televesyen mereka lalai dengan tanggungjawap untuk mencari nafkah hidup dan paling membimbangkan solat lima waktu pun mereka tidak hiraukan hal ini sangatlah bahaya sepertimana sabda baginda:

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:

“besegeralah engkau sekalian melakukan amalan-amalan baik sebelum datangnya tujuh macam perkara.Apakah engkau sekalian menantikan (melakukan dulu),melainkan setelah tibanya kekafiran yang melalaikan,atau tibanya kekayaan yang menyebabkan kecurangan,atau tibanya kesakitan yang merusakkan,atau tibanya usia tua yang menyebabkan ucapan-ucapan yang tidak karuan lagi,atau tibanya kematian yang mempercepatka (lenyapnya segala hal), atau tibanya dajjal,maka ia adalah seburuk-buruk makhluk ghaib yang ditunggu,atau tibanya hari kiamat,maka hari kiamat itu adalah lebih besar bencananya serta lebih pahit penangunggunnya”

(Hadith riwayat Termizi katanya hadis hasan)

Apakah sesuai penggunaan perkataan IDOLA

  Ada sesetengah orang tidak selesa dengan penggunaan idola dan lebih selesa dengan menggunakan perkataan qudwah atau uswah,kerana mereka melihat makna asal idola ialah sesuatu yang menunjukkan kepada benda atau emaj yang mewakili bentuk penyembahan dan ikutan serta pemujaan kepada sesuatu agama atau anutan mahupun kegilaan kepada induvidu secara membuta tuli.Konotasinya bersifat negetif,namun saya bukan ingin ketengahkan maksud asalnya,tapi penggunaan meluas dalam pemakaian semasa merujuk kepada induvidu yang dijadikan ikutan,atau yang sangat diminati sehingga memaksa secara penuh kerelaan untuk mengikuti setiap langkah seperti: pakaian,pertuturan,gaya,stail mahupun karekter.
Adapun qudwah dan uswah paling sesuai penggunaan dalam lingkungan agama kerana dia mempunyai objektif dan tidak mengangkat manusia ke taraf ketuhanan dan tidak melebihi tahap manusia sebagai makhluk Allah.
Apapun saya secara peribadi tidak menghadkan penggunaan idola tersebut, kerana istilah ini kita semua sudah memahami maksudnya yang ingin disampaikan.

siapakah sebaik-baik IDOLA

Allah s.w.t menyuruh kita mengambil contoh dari utusan-Nya iaitu nabi Muhammad salallahu alaihi wasalam sepertimana Allah merakamkan dalam
al-quran surah al-Ahzab ayat:21
“Demi sesungguhnya,adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan)Allah dan (balasan baik) hari akhirat,serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang)”
Maka dengan itu kita yang mempunyai akal yang dikurniakan Allah kita menilai dengannya.Kita sebagai seorang muslim haruslah mempunyai prinsip agama dan peraturan-peraturan yang ditentukan oleh Allah.

Moga-moga kita semua dapat manfaat dari apa yang telah disampaikan.


Wallahualam.