1

1

.

.

MAKNA TAUHID DAN MACAM-MACAM TAUHID


Makna tauhid

Bahasa: dari perkataan arab iaitu  ((وحد,يوحد,وحدا.  Iaitu tunggal atau esa.
istilah : mengesakan Allah semata dalam beribadah dan tidak menyengutukan-Nya.

Dan ini adalah semua ajaran Rasulullah,bahkan tauhid adalah pondisi untuk membangunkan tiang yang kukuh jika tiada tauhid semua akan runtuh disebabkan tidak sah semua amal kerana musnahnya tauhid.
Begitu juga para Rasul dibangkitkan untuk menyampaikan dakwah tauhid kepada umatnya supaya mengabdikan diri kepada Allah serta tidak menyengutukannya.sepertimana Allah merakamkan hal ini  di dalam surah an-Nahl ayat:36

“Dan sesungguh kami mengutuskan seorang rasul untuk setiap umat (untuk menyerukan) –sembahlah Allah,dan jauhi thaghud…”     

Macam-macam tauhid
Tauhid terbahagi kepada tiga bahagian:

-          Tauhid Rububiyyah

-        Tauhid Asma' dan Sifat

-        Tauhid Uluhiyyah.

Tauhid Rububiyyah

Bahasa: الرب : yang mencipta, yang memiliki dan yang mengatur.

Istilah: ittiqad yang kukuh bahawasanya Allah itu adalah tuhan (ar-rab) bagi segala sesuatu dan tiada tuhan selain dari-Nya.

Tauhid ini juga disetujui oleh orang-orang musyrik terdahulu,mereka mengatakan Allahlah sang pencipta,penguasa,pengatur,yang maha menghidup,yang maha mematikan.sepertimana hal ini Allah merakamkan di dalam al-quran (surah al-Ankabut:61)

"وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَسَخَّرَ ٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ‌ۖ فَأَنَّىٰ يُؤۡفَكُونَ"

“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?”

Begitu juga Allah merakamkan dalam (surah Yunus ayat 31)

"قُلۡ مَن يَرۡزُقُكُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ أَمَّن يَمۡلِكُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَـٰرَ وَمَن يُخۡرِجُ ٱلۡحَىَّ مِنَ ٱلۡمَيِّتِ وَيُخۡرِجُ ٱلۡمَيِّتَ مِنَ ٱلۡحَىِّ وَمَن يُدَبِّرُ ٱلۡأَمۡرَ‌ۚ 
"فَسَيَقُولُونَ ٱللَّهُ‌ۚ فَقُلۡ أَفَلَا تَتَّقُون

“Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? (Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: Allah jualah yang menguasai segala-galanya! Oleh itu, katakanlah: (Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertakwa?”

Tauhid Asma’ dan Sifat

Bahasa: nama dan sifat

Istilah: Beriman bahawasanya Allah ta’ala memiliki zat yang  tidak serupa dengan berbagai sifat yang ada.Dan bahawasanya nama-nama Allah menyatakan dengan jelas akan sifat-Nya yang sempurna secara mutlak sebagaimana firmannya (surah as-Shura:11)

لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ۬‌ۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

“Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”

Allah juga berfirman dalam (surah al-ikhlas  ayat:4)

"وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ"

“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

Allah berfirman lagi dalam (surah  an-Nahl ayat: 74)

"فَلَا تَضۡرِبُواْ لِلَّهِ ٱلۡأَمۡثَالَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ"

“Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.”

Tauhid Uluhiyyah

Bahasa:

Istilah:tauhid Uluhiyyah adalah tauhid ibadah,iaitu mengesakan Allah dalam seluruh amalan ibadah yang Allah perintahkan,seperti: berdoa,khouf (takut) roja’ (harap) tawakkal, raghbah (berkeinginan),rahbah (takut),khusyu’ khasyah (takut disertai pengagungan),taubat,minta pertolongan,menyembelih,nazar dan ibadah yang lainnya yang diperintahkan-Nya.sepertimana Allah berfirman (surah al-jin ayat:18)

"وَأَنَّ ٱلۡمَسَـٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُواْ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدً۬ا"


“Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.”


Wallahualam