1

1

.

.

PUASA RAMADAN YANG SEMPURNA


Kini aura Ramadan mula kita rasakan, ramai orang mula mengajak kepada kebaikkan, ada yang tulis kat laman social facebook mengingati bulan Sya’an bagi persediaan menemu bulan Ramadan, ada yang memita maaf dengan kawan-kawan dan berbagai lagi.

Puasa adalah ibadah yang berat untuk kita kerjakan jika kita seorang yang bekerja keras seperti pemandu bas, pemandu lori, bina bangunan dan sebagainya.Tetapi ibadah puasa ini banyak mempunyai keistimewaan tersendiri, apakah kita sedar ataupun tidak sedar. Dari ganjaran dah memang  jelas pahala yang dijanjikan apalagi  yang kita bahaskan adalah puasa Ramadan,Puasa yang di dalam bulan yang rahmat dan bulan yang mana di turunkan padanya al-Quran dan bulan para Syaitan di penjarakan.

Keistimewaan yang lain pada bulan Ramadan adalah sepuluh malam terakhir yang mana pada sepuluh malam terakhir inilah suasana ibadah lebih meresap ke jiwa kerana pada malam itu umat Islam menanti-nantikan kemunculan Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan.Untuk mendapatkan Ramada yang semprna apakah yang patut kita lakukan?

TIGA SYARAT IBADAH YANG MAKBUL
1.  Islam

 وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِينً۬ا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ
85. dan sesiapa Yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.

( Surah Imran ayat: 85)




2.     Ikhlas (mengeskan Allah)

وَلَقَدۡ أُوحِىَ إِلَيۡكَ وَإِلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكَ لَٮِٕنۡ أَشۡرَكۡتَ لَيَحۡبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ
65.  Dan Sesungguhnya Telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu. "Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.

(Surah Azzumar ayat: 65)

3.     Ittibaa’ (mengikuti cara rasulullah dan sahabat beliau)

“Sesiapa yang melakukan amalan bukan sebagaimana kami suruh maka amalannya di tolak”

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


KELEBIHAN BULAN RAMADAN

Dari pada Abi hurairah r.a bahawasa Rasulullah s.a.w bersabda ketika akan tiba Ramadan : telah datang kepadamu bulan yang diberkati, Allah telah mewajibkan ke atasmu berpuasa di dalamnya, pada bulan itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat juga terdapat pada bulan itu satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Barangsiapa tidak memperolehi kebaikkannya maka dia tidak memperolehi apa-apa

(Hadith riwayat Ahmad,an-Nasai dan al-Baihaqi) 





Daripada abi Hurarah r.a bahawa sesungguhnya nabi salallahu alaihi wasalam bersabda: solat yang lima dan jumaat ke jumaat berikutnya,dan Ramadan-ke Ramadan berikutnya adalah penghapus dosa-dosa diantaranya. Jika dosa-dosa besar dijauhi.

(hadith riwayat Muslim)

MAKNA PUASA

(الصيام) dari segi bahasa Arab

Menurut istilah: menahan diri daripada makan,minum dan,jima’ dan segala yang boleh membatalkannya sejak dari terbitnya fajar yang kedua hingga terbenam matahari.


وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلۡخَيۡطُ ٱلۡأَبۡيَضُ مِنَ ٱلۡخَيۡطِ ٱلۡأَسۡوَدِ مِنَ ٱلۡفَجۡرِ‌ۖ ثُمَّ أَتِمُّواْ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيۡلِ‌ۚ

187. dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), Iaitu waktu fajar. kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)…..

(Surah al-Baqarah ayat:187)








DALIL KEWAJIPAN PUASA

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ 
183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

RUKUN PUASA

1.     Menahan diri daripada segala yang boleh membatalkannya sejak dari terbitnya fajar hingga terbenam matahari.
2.     Niat: niat dilakukan pada setiap malam sebelum terbit fajar.

SYARAT WAJIB PUASA

1.     Beragama Islam
2.     Baligh
3.     Berakal
4.     Mampu untuk puasa

SYARAT SAH PUASA

1.     Islam
2.     Berakal
3.     Tamyiz (dapat membezakan baik dan buruk)
4.     Tidak haidh
5.     Tidak nifas
6.     Niat, sepertimana sabda baginda “barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malam hari (sebelum fajar) maka tidak sah puasanya” (Hadith riwayat Ahmad,Abu daud,Ibnu Majah,an-Nasai dan Termizi)

HAL YANG MEMBATALKAN PUASA

1.     Makan dan minum dengan sengaja.
2.     Jima’ di siang hari pada bulan Ramadan.
3.     Menyuntik sesuatu yang mengenyangkan seperti vitamin dan juga tranfusi darah.
4.     Mengeluarkan mani dengan sengaja seperti onani, bersetubuh,  cium-ciuman dan lain-lain.
5.     Muntah dengaan sengaja.
6.     Keluar darah haidh dan darah nifas
7.     Murtad (keluar dari agama Islam)
8.     Niat untuk berbuka puasa


BERSUNGGUH-SUNGGUH BERIBADAT 10 MALAM AKHIR RAMADAN

Daripada ‘Aisyah r.a bawaha sesungguhnya nabi s.a.w selalu beri’tikaf pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah,kemudian (diteruskan sunnah) I’tikaf sesudahnya oleh para isterinya.

(muttafakun a’alaih)

إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢) لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣) تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬ (٤) سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ (٥)
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
2. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
5. sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!


FAEDAH DARI ITTIKAF

I’tikaf pada sepulum malam terakhir untuk mendapatkan LAILATUL QADAR

لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬
 malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

(Surah al-qadr ayat:3)


Sabda Rasulullah salallahu ‘alaihi wasalam

“Barangsiapa yang I’tikaf satu hari semata-mata untuk mengharapkan keredaan Allah,nescaya Allah jadikan (jarak) di antaranya dan di antara api neraka sejauh tiga parid dan tiap-tiap parit jaraknya adalah lebih jauh daripada (jarak) antara dua mata angin

(hadith riwayat al-Thabary-sanadnya hasan)

WAKTU I’TIKAF

1.     Wajid I’tikaf bila dah lafazkan nazar untuk I’tikaf
2.     I’tikaf sunat tidak ada masalah kalau tidak melaksanakannya.


SYARAT I’TIKAF

1.     Muslim.
2.     Berakal.
3.     Mumayyiz.
4.     Bersih dari haid dan nifas.
5.     tidak junub.
6.     isteri dapat izin dari suami untuk beri’tikaf.
7.     anak gadis dapat izin dari walinya.

RUKUN I’TIKAF

1.     berniat pada permulaan I’tikaf dan pada memperbaharuinya.
2.     Kurangkan bercakap (banyakkan ibadah).tidak seharusnya keluar masjid kecuali bersebab yang di bolehkan oleh syara’.
3.     Tempat ialah masjid yang didirikan solat lima waktu kalau yang didirikan solat jumaat di masjid itu lebih afdal.


SEMOGA PUASA KITA AKAN MENDAPATKAN KEAMPUNAN DAN RAHMAT DARI ALLAH.
Kekurangan dan kedaifan dari saya,saya minta maaf dan teguran amat dialu-alukan.

WALLAHUALAM




,