1

1

.

.

JANGAN MUDAH MENGATAKAN SESEORANG "ANDA WAHABI"



Malaysia adalah sebuah negara islam yang membangun tidak terkebelakang untuk menilai sesuatu perkara dengan ilmiah,kerana di Malaysia kita mempunyai tokoh-tokoh yang hebat yang dapat membantu kita dalam memahami agama. Cuma saya secara pribadi terkilan apabila orang-orang yang mengaku mempunyai panggilan ustaz,pak kiay,pak haji,tuan guru dan doktor falsafah dalam bidang agama tetapi tidak menilai sesuatu perkara yang penting itu berdasarkan prinsip ilmu dan syarat-syaratnya. Padahal ilmu adalah teras dalam islam yang tulen lagi murni. Antara sikap yang tidak berlandaskan ilmu iaitu menuduh seseorang dengan gelaran wahabi tanpa fakta dan bukti yang sah. Tuduhan ini dilakukan sebab mereka tidak dapat menjawap soalan-soalan yang di kemukakan.

Serba ringkas Biografi Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab

Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab (1115 – 1206 H/1701 – 1793 M)

Nama Lengkapnya:

BELIAU adalah Syeikh al-Islam al-Imam Muhammad bin `Abdul Wahab bin Sulaiman bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Rasyid bin Barid bin Muhammad bin al-Masyarif at-Tamimi al-Hambali an-Najdi.
Tempat dan Tarikh Lahirnya:

Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab dilahirkan pada tahun 1115 H (1701 M) di kampung `Uyainah (Najd), lebih kurang 70 km arah barat laut kota Riyadh, ibukota Arab Saudi sekarang.

Beliau meninggal dunia pada 29 Syawal 1206 H (1793 M) dalam usia 92 tahun, setelah mengabdikan diri selama lebih 46 tahun dalam memangku jawatan sebagai menteri penerangan Kerajaan Arab Saudi .

Antara sumbangan beliau :

Ketika keadaan negeri Najd, Hijaz dan sekitarnya semasa awal pergerakan tauhid amatlah buruknya. Krisis Aqidah dan akhlak serta merosotnya tata nilai sosial, ekonomi dan politik sudah mencapai titik kulminasi. Semua itu adalah akibat penjajahan bangsa Turki yang berpanjangan terhadap bangsa dan Jazirah Arab, di mana tanah Najd dan Hijaz adalah termasuk jajahannya, di bawah penguasaan Sultan Muhammad Ali Pasya yang dilantik oleh Khalifah di Turki (Istanbul) sebagai Gubenur Jenderal untuk daerah koloni di kawasan Timur Tengah, yang berkedudukan di Mesir.

Pemerintahan Turki Raya pada waktu itu mempunyai daerah kekuasaan yang cukup luas. Pemerintahannya berpusat di Istanbul (Turki), yang begitu jauh dari daerah jajahannya. Kekuasaan dan pengendalian khalifah mahupun sultan-sultannya untuk daerah yang jauh dari pusat, sudah mulai lemah dan kendur disebabkan oleh kekacauan di dalam negeri dan kelemahan di pihak khalifah dan para sultannya.

Disamping itu, adanya cita-cita dari amir-amir di negeri Arab untuk melepaskan diri dari kekuasaan pemerintah pusat yang berkedudukan di Turki. Ditambah lagi dengan hasutan dari bangsa Barat, terutama penjajah tua yaitu Inggris dan Perancis yang menghasut bangsa Arab dan umat Islam supaya berjuang merebut kemerdekaan dari bangsa Turki, hal mana sebenarnya hanyalah tipudaya untuk memudahkan kaum penjajah tersebut menanamkan pengaruhnya di kawasan itu, kemudian mencengkeramkan kuku penjajahannya di dalam segala lapangan, seperti politik, ekonomi, kebudayaan dan aqidah.

Kemerosotan dari sektor agama, terutama yang menyangkut aqidah sudah begitu memuncak. Kebudayaan jahiliyah dahulu seperti taqarrub (mendekatkan diri) pada kuburan (maqam) keramat, memohon syafaat dan meminta berkat serta meminta diampuni dosa dan disampaikan hajat, sudah menjadi ibadah mereka yang paling utama sekali, sedangkan ibadah-ibadah menurut syariat yang sebenarnya pula dijadikan perkara kedua. Di mana ada maqam wali, orang-orang soleh, penuh dibanjiri oleh penziarah-penziarah untuk meminta sesuatu hajat keperluannya. Seperti misalnya pada maqam Syeikh Abdul Qadir Jailani, dan maqam-maqam wali lainnya. Hal ini terjadi bukan hanya di tanah Arab saja, tetapi juga di mana-mana, di seluruh pelosok dunia sehingga suasana di negeri Islam waktu itu seolah-olah sudah berbalik menjadi jahiliyah seperti pada waktu pra Islam menjelang kebangkitan Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wassalam.

Masyarakat Muslim lebih banyak berziarah ke kuburan atau maqam-maqam keramat dengan segala macam munajat dan tawasul, serta pelbagai doa dialamatkan kepada maqam dan mayat didalamnya, dibandingkan dengan mereka yang datang ke masjid untuk solat dan munajat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Demikianlah kebodohan umat Islam hampir merata di seluruh negeri, sehingga di mana-mana maqam yang dianggap keramat, maqam itu dibina bagaikan bangunan masjid, malah lebih mewah daripada masjid, karena dengan mudah saja dana mengalir dari mana-mana, terutama biaya yang diperolehi dari setiap pengunjung yang berziarah ke sana, atau memang adanya tajaan dari orang yang membiayainya di belakang tabir, dengan maksud-maksud tertentu. Seperti dari imperalis Inggris yang berdiri di belakang tabir maqam Syeikh Abdul Qadir Jailani di India misalnya.

Di tengah-tengah keadaan yang sedemikian rupa, maka Allah melahirkan seorang ulama’ iaitu Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab (al-Wahabi) dari `Uyainah (Najd) sebagai mujaddid Islam terbesar abad ke 12 Hijriyah, setelah Ibnu Taimiyah, mujaddid abad ke 7 Hijriyah yang sangat terkenal itu.

Bidang pentajdidan kedua mujaddid besar ini adalah sama, yaitu mengadakan pentajdidan dalam aspek aqidah, walau masanya berbeda, yaitu kedua-duanya tampil untuk memperbaharui agama Islam yang sudah mulai tercemar dengan bid’ah, khurafat dan tahyul yang sedang melanda Islam dan kaum Muslimin. Menghadapi hal ini Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab telah menyusun barisan Ahli Tauhid (Muwahhidin) yang berpegang kepada pemurnian tauhid. Bagi para lawannya, pergerakan ini mereka sebut Wahabiyin yaitu gerakan Wahabiyah.

Dalam pergerakan tersebut tidak sedikit rintangan dan halangan yang dilalui. Kadangkala Syeikh terpaksa melakukan tindakan kekerasan apabila tidak boleh dengan cara yang lembut. Tujuannya tidak lain melainkan untuk mengembalikan Islam kepada kedudukannya yang sebenarnya, yaitu dengan memurnikan kembali aqidah umat Islam seperti yang diajarkan oleh Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.

Setelah perjuangan yang tidak mengenal lelah itu, akhirnya niat yang ikhlas itu diterima oleh Allah, sesuai dengan firmanNya: ” Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah nescaya Allah akan menolongmu dan menetapkan pendirianmu. ” (Muhammad: 7)

Saya tidak mahu panjangkan tentang kisah beliau tapi saya nak bincangkan masalah istilah yang diguna pakai oleh masyarkat kita, iaitu WAHABI. Jika seseorang memberi suatu pandangan agama yang berbeza dengan amalan nenek moyang kita, dengan secara tidak langsung orang akan kata kita ini WAHABI.Bila kita Tanya apa itu WAHABI macam-macam jawapan yang diberi. Ada yang kata golongan yang tidak baca doa qunut subuh. Kalau begitu apakah mazhab-mazhab yang tidak baca doa qunut subuh itu juga dilebelkan WAHABI seperti imam Ahmad dan imam Abu Hanifah.

Begitu juga dengan tomahan-tomahan yang lain seperti orang kata tanda-tanda WAHABI ialah mereka tidak tahlil,mereka tidak baca yasin pada malam jumaat,mereka menggerakkan jari ketika tahyat begitu juga dengan tangan diatas dada ketika solat.

Tidak cukup dengan tomahan itu, mereka mengatakan sesiapa yang belajar di Saudi dia WAHABI.Saya tidak paham kadang-kadang dengan segelintir pencemuh ini mereka mengatakan imam masjid al-Haram dan masjid Nabawi adalah WAHABI.Persoalanya apakah WAHABI itu sesat? Kalau sesat apakah mekah dan masjid Nabawi itu di imam oleh golongan sesat?

Saya katakan Muhammad bin Abdul Wahab itu bukan orang yang sebanding dengan imam-imam mazhab tetapi beliau ada jasa kepda umat. Sepertimana kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata: Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir).

Beliau juga bukan tokoh mazhab fiqh yang ulung untuk dirujuk fatwa-fatwa beliau.Beliau juga manusia seperti kita adakalanya dia pasang adakalanya dia surut.

Tuduhan Rambang

Menunding jari kearah seseorang sambil mengatakan kamu WAHABI sedangkan seseorang itu membaca kolallah wa kolarrasulullah secara tidak langsung kita sudah memfitnah atau menuduh secara rambang.Apakah ini sikap seseorang muslim? seseorang pendakwah? Seseorang yang menyandarkan diri dia kepada pengikut Rasulullah? Sedangkan Allah menyebut dakwah dengn berhikmah. Pernah suatu ketika saya menjadi imam, selepas solat saya tidak berdoa berjemaah maka saya juga di katakana WAHABI.

Akhir kata saya yang doif ini ingin berkongsi dengan anda bahawasanya jauhi dari sikap ta’sub sepertimana Kata Muhammad bin Salih al-‘Ali: “Kebiasaannya, taksub kepada sesuatu pandangan atau mazhab membawa kepada sejenis sikap keras terhadap sesiapa yang menyanggahi pandangan dan mazhabnya. Inilah yang berlaku kepada sebahagian pengikut mazhab fiqh yang lidah mereka petah (mencerca) sesiapa yang berbeza dengan mereka…Orang yang taksub terlindung dari penilaian secara ilmiah dan berhati-hati dalam hukuman. Dia tidak melihat melainkan keburukan dan kesilapan orang yang berbeza dengannya. Ini membawanya kepada sikap keras, mengkritik dan menyakiti..” (rujukan: Muhammad bin Salih bin Yusuf al-‘Ali, Insaf Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah m.s. 113-114, Jeddah: Dar al-Andalus al-Khadra`).

 dengan mengikuti orang ramai atau orang yang memiliki gelaran ustaz,pak kiay yang mereka ini hanya mengutamakan akli dari nagli. Sedangkan Allah menyebut dalam al-Quran

 Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.