1

1

.

.

JOM KEMBALI KE SEKOLAH !!!

Sudah masuk tahun 2014,pelajar memulakan azam baru dan juga sesi baru persekolahan. Ramai juga yang memulakan persekolahan tapi tidak mengetahui apa tujuan ke sekolah. Ada diantara pelajar pergi ke sekolah kerana ibu bapa dan ada yang pergi ke sekolah bertujuan untuk menambah kawan-kawan baru.
Sedangkan slogan “JOM KEMBALI KE SEKOLAH” itu adalah bertujuan untuk menuntut ilmu bukan bertujuan selainnya.
Secara istilah ILMU itu ialah (pengatahuan) sebagai lawan kepada kejahilan (bodoh).
Jadi sudah jelas slogan “JOM KEMBALI KE SEKOLAH” itu adalah menuntut serta menambah ilmu supaya kita tidak jahil dalam pengetahuan.

KEUTAMAAN ILMU

Kita dicipta oleh yang maha Esa sebagai manusia yang diberi anugerah boleh berfikir untuk membezakan orang yang berilmu atau orang yang tidak berilmu.
Sepertimana firman Allah dalam surah
(az-Zumar ayat : 9)

 “(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” 

Begitu juga tidak sama orang yang hidup dengan orang yang mati,orang yang dengar dan orang yang tuli.Adapun orang yang berilmu ini telah diberi cahaya dari gelap menjadi cerah iaitu dari jahil menjadi alim dan itulah di namakan darjat yang diberi kepada hamba-hamba-Nya yang menuntut ilmu.

Sepertimana firman Allah lagi dalam surah
 (al-Mujadalah 11)

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.”

BEBERAPA ADAB-ADAB PENUNTUT ILMU

·         - Niat ikhlas menuntut ilmu


·         - Meniatkan untuk menghilangkan kebodohan diri dan diri orang lain


·         - Membela agama Allah

·         - Berlapang dada dalam masalah perselisihan


·         - Mengamal ilmu yang dipelajarinya


·         - Tawadu’ dengan ilmu yang di anugrahkan



·         - Berdoa kepada Allah

dengan ini saya menutup dengan sebuah hadits 


"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."


WALLAHUALAM