1

1

.

.

HIASAN DUNIA ITU FITNAH


Assalamu’alaikum sahabat semua apa khabar? Sudah pertengahan tahun 2014 dah. Dalam sedar tidak sedar kita telah menjalani kehidupan kita ini sama ada baik ataupun buruk. saya rasa sangat lama saya tidak menulis artikel di blog ini. Banyak perkara yang tidak mengizinkan, moga2 artikal kali ini bermanfaat untuk kita semua.

Pada suatu ketika saya bersembang dengan kawan saya, dia menceritakan perasaan cemasnya bila dia tahu yang diri dia tidak mampu menjawab soalan peperiksaan tentang iman. Dia merasa hampa yang amat sangat sehingga setelah peperiksaan dia mengalirkan air mata sambil teringat dan berkata pada hati kecilnya “Ya Allah, kenapalah aku ini sampai soalan iman pun tak dapat jawab sedangkan soalan ini wajib aku boleh menjawabnya  walau bagaimana sekalipun kerana aku ini belajar agama”

Pada petang itu, ketika perjalanan ke masjid dia teringat sambil berkata “Ya Allah, indahnya hiasan dunia ini sehingga aku ini kabur akhirat” sembil tersenyum dan mengalirkan air mata.

Allahu akbar! sahabatku sekalian itulah fitnah dunia.Kadang-kadang kita lalai sehingga lupa pada penciptanya begitu juga pada arahannya.

Sifat insan memanglah pelupa kadang-kadang hal dunia sekalipun kita boleh lupa. Sahabat, dunia ini negeri persinggahan sementara dan dia juga jambatan untuk menuju alam barzakh, dunia bukan tempat untuk kita dibuai mimpi indah sehingga lupakan perjalanan seterusnya. Bukan salah kalau kita menjadi kaya dengan dunia tapi kita mesti mempunyai panduan yang betul supaya kita tidak terpengaruh dengan fitnah dengan keindahan hiasan  dunia. Allah telah mengutuskan utusannya kepada kita untuk kita buat panduan hidup di dunia ini Rasulullah telah meninggalkan kepada kita khazanah iaitu al-Quran dan as-Sunnah (hadith sahih). Jika kita melakukan maksiat kepada Allah segeralah kita bertaubat moga dengan taubat ini Allah menyediakan syurga untuk kita semua Amin.

Dalam syarah sahih imam Muslim oleh imam Nawawi rukun taubat ada 3 iaitu:

1.      Tinggalkan maksiat

2.      Menyesal dengan perbuatan itu

3.      Tekad tidak melakukan lagi maksiat itu

4.      Jika berkait dengan manusia minta halal dengan orang yang kita buat salah

Allah maha pengampun untuk hambanya moga-moga kita sentiasa sedar dalam  fitnah keindahan dunia ini.



Walahua’lam