1

1

.

.

TRAGEDI MH370 BERDASARKAN SYARA'

Assalamualaikum sahabat semoga kita sentiasa dalam keadaan sehat. Bertemu lagi kita di blog digitalmuslimin dalam berkongsi ilmu agama. Pada 8 Mac 2014 kita di gemparkan misteri kehilangan pesawat MAS MH370 boing. Ada yang sepekulasi mengatakan ini adalah rancangan jahat amarika, ada yang mengatakan ini adalah rancangan antara Malaysia dan Amarika tapi yang paling popular sepekulasi mengatakan bahawa amarika merampas MH370 sebab di dalam pesawat tersebut ada CNC sampai ke hari ini masih misteri dengan kehilangan pesawat MH370 ini walau beberapa buah Negara terlibat dalam misi pencarian. Saya disini bukan ingin membincangkan tentang pencarian pesawat tersebut tetapi ingin berkongsi fatwa JAKIM berkaitan tregidi  MH370 berdasarkan syarak.


MUZAKARAH Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 25 Mac 2014.


Muzakarah menjelaskan bahawa berdasarkan pandangan as-Syafie “Mafqud ialah orang yang tidak didengari khabarnya dan barangkali kemungkinan besarnya dia telah mati” (al-Syafie, al-Umm, 6:182)


Ulama membahagi  Mafqud kepada dua bahagian dan kedua-dua hukumnya berbeza.


Pertama : Mafqud yang secara zohir dan kebarangkalian kuatnya dianggap telah terkorban. Mafqud bahagia ini ialah orang yang hilang dalam satu bencanakebinasaan (ibnu Qudamah, al-Mughni, 6:389) kedua: Mafqud yang secara zohir dia masih hidup. Contohnya seseorang yang keluar dari rumahnya untuk berniaga atau melancong tetapi tidak kembali pulang kerumahnya.


Muzakarah juga menjelaskan bahawa mengenai kadar tempoh mafqud sebelum diputuskan status kematiannya, tidak terdapat nas yang jelas daripada dalil-dalil al-Quran dan as-Sunnah berkenaan penentapan tempoh-tempoh tertentu secara tetap.


Muzakarah juga berpendapat bahawa perbezaan yang ketera dari segi uruf dan masa perlu diambil kira dalam penentuan tempoh Mafqud ini kerana ia memberi kesan dalam pensabitan hukum-hakam seterusnya.


Dalam hal tempoh ini muzakarah memutuskan ba
hawa dalam tragedi MH370 ini, keperluan  menetapkan tempoh Mafqud adalah terletak kepada pertimbangan uli amri berdasarkan kepada ijtihadnya selaras dengan pandangan mejoriti ulama, termasuk mazhab Syafie, mazhab Maliki, Mazhab Hanafi dan satu riwayat mazhab hanbali.(Nihayah al Muhtaj, 6:28; Hasyiyah al Dusuki, 4:434; Hasyiyah Ibnu Abidin,3:332; Al kasysyaf.

Justeru, berasakan kepada kaedah fiqhiyyah iaitu ‘Menghilangkan kemudaratan’, lima(5) prinsip Maqasid Syar’iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, harta, keturunan dan akal serta berasaskan kepada Siyasah Syar’iyyah dalam menjaga kemasalahatan keluarga dan pihak-pihak yang terlibat serta bersesuaian dengan uruf dan waqi’.


Muzakarah memutuskan bahawa keadaan mafqud dalam tragedi ini tidak memerlukan kadaar tempoh tertntu kerana usaha-usaha pencarian yang telah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh walaupun dalam keadaan lautan yang amat mencabar serta qarinah-qarinah yang boleh diambil kira sebelum dan selepas pengumuman kerajaan bahawa pesawat MH370 berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi, telah melalui tempoh munasabah bagi mafqud yang boleh diputuskan oleh Ulil Amri.


Sehubungan itu berdasarkan semua keterangan dan hujah-hujah yang dinyatakan tersebut, Muzakarah bersetujumemutusakn bahawa semua penumpang pesawat MH 370 adalah dikategorikan sebagai “Mafqud yang secara zahir dan kebarangkalian kuatnya telah dianggap terkorban”.


Muzakarah juga memutuskan bahawa jika dalam usaha pencarian kesan daripada tragedi tersebut, pihak berkuasa Berjaya menemui mayat atau cebisan mmayat, maka wajiblah diuruskan mayat tersebut seperti yang ditetapkan oleh Islam.


Oleh kerana penumpang MH370 ini terdiri daripada pelbagai agama dan jika tidak dapat dibezakan antara Islam, maka untuk menguruskan mayat orang islam dalam keadaan bercampur ini, hendaklah diuruskan kesemua mayat yang dijumai tersebut mengikut Islam dan sewaktu Solat Jenazah hendaklah diniatkan hanya untuk orng Islam sahaja.


Jika yang ditemui itu hanya cebisan-cebisan atau sebahagian anggota kecil sahaja, maka hendaklah dikumpulkan semuanya dan diuruskan mengikut Islam dan ketika Solat Jenazah hendaklah diniatkan untuk orang Islam sahaja.


Muzakarah juga memutuskan bahawa orang-orang Islam yang disabitkan kematian dalam tragedi MH370 ini adalah tergolong sebagai Syahid Akhirat berasaskan kepada hadis Nabi SAW yang menyebutkan bahawa mati kerana tenggelam termasuk dalam salah satu ketegori  Syahid Akhirat.

WALLAHU'LAM