1

1

.

.

NASIHAT MUTIARA KEHIDUPAN

Kata Umar R.A “bahawasanya tidak ada guna sedikit pun jika seseorang tidak mahu menasihati dan tidak mahu mendengar nasihat”

Ad-Din itu adalah nasihat jika kita tidak menghidupkan budaya nasihat siapa lagi yang akan menghidupkan nasihat.

Kita selalu berkata “apalah orang ni tak habis-habis buat maksiat bila nak bertaubat entah besok lusa dah nak mati” Sedangkan kita menyaksikan dengan mata kita apakah ada kita nasihat dia sebelum kita berkata sesuatu yang buruk kepada mereka?  Apakah kita pernah bertanya sebelum kita menuduh mereka? Kita pernah mengenal meraka sebelum kita kata sesuatu seolah-olah kita dah lama kenal meraka? Apakah ini sikap kita terhadap saudara seagama kita? Persoalan yang bertanya kita belum lagi terjawab. Maka oleh itu, kita sebagai orang yang arif atau mempunyai pengetahuan kita hendaklah menyelidik dahulu sebelum kita buat kesimpulan.

Hikmah dalam berdakwah :

Sebelum kita menyampaikan sesuatu kita mesti kenal mereka dahulu supaya mereka tidak terkejut dengan kehadiran kita, juga tidak terlalu segan dengan kita.

Adakala kita kena ikut cara dia yang tidak mencanggahi agama supaya dia tidak berfikir bahawa bertaubat mesti kena pakai jubah dan ketayap.

Bersikap sopan dan lemah lembut dalam berkata-kata dan tingkah laku.

Mulakan dakwah :

Kemampuan yang dianugerahkan Allah kepada kita gunalah semampunya sebagaimana sabda baginda
“apabila kamu melihat kemungkaran maka cegahlah dengan tangan kamu, jika tidak mampu maka cegahlah dengan lisan, jika tidak mampu maka cegahlah dengan hati (benci dengan hati ) itu adalah selemah-lemah iman”

Kalau kita tidak mula saipa lagi? mulalah hari ini walau dengan hanya berkata “jom pi kuliah!”
Semoga amalan kita diterima Allah.


Wallahua’lam