1

1

.

.

Idul Adha sudah tiba!


“Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah,maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati”
Al-hajj:32


Apabila tiba hari raya Idul Adha kita pasti akan menunggu bakal binatang mana yang akan menjadi qurban pada tahun ini.Boleh jadi biatang yang seminggu lepas yang bermain manja dan Tarik tali dengan kita.Biasalah kehidupan binatang kalau yang kita bela itu tak kita makan kita jual atau mati bila sampai waktunya.



Keutamaan qurban

Hadith riwayat at-Termizi dan Ibnu Majah dalam kitab mereka.

Diriwayatkan oleh Aisyah R.A bahawa sabda baginda:

“Tidak ada amalan seorang anak keturunan Adam yang lebih dicintai Allah di hari raya qurban selain menumpahkan darah (berqurban) .Sesungguhnya qurban itu akan didatangkan di hari Qiamat dengan tanduk-tanduknya,bulu-bulu dan kuku-kukunya.”



UDH-HIYYAH (qurban) dari segi difinisi

Udh-hiyyah adalah nama dari hawan yang disembelih berupa unta,lembu dan kambing biri-biri di hari raya  Idul Adha dan tiga hari Tasyriq (11,12 dan 13 Dzuhijjah), dengan niat mendekatkan diri kepada Allah. Dinamai  Udh-hiyyah –wallahualam- kerana waktu yang paling utama untuk menyembelih adalah di waktu dhuha di hari Nahr (di hari Udh-hiyyah).



Hukumnya

Udh-hiyyah disyariatkan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah
Dalil surah al-Kautsar :2

“Maka laksanakanlah sholat kerana Rabmu ,dan berqurbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah).”

Menurut Sunnah spertimana hadith Anas R.A, ia berkata:

“Rasulullah berqurban dengan dua ekor kambing biri-biri jantan yang warnanya putih bercampur hitam,dan keduanya bertanduk.Beliau menyembelih keduanya dengan tangan baginda sendiri.Beliau membaca bismillah dan bertakbir dan meletakkan kaki beliau di atas pinggiran leher biri-biri tersebut”

Dalam lafaz Muslim “dan beliau membaca:

Bismillah wallahu akbar”

Dalam lafaz Bukahri “Nabi qurban dengan dua kambing dan aku (Anas) pun berqurban dengan dua ekor kambing”

Muslim 1966,Bukhari 5553.

Adapun hukum qurban bagi orang mampu, sangat dianjurkan (wajib) berdasarkan baginda qurban setiap tahun.

Jika telah masuk memasuki bulan dzuhijjah,maka orang yang hendak berqurban hendaklah tidak memotong  atau mencabut rambut dan kukunya.

Dari ummu Salamah baginda bersabda:

“Jika dari salah seorang dari kalian melihat hilal bulan Dzuhijjah dan bermaksud untuk berqurban maka tahanlah dari (mencabut) rambutnya atau (memotong) kukunya.

dalam satu lafaz

“Maka jangan sekali-kali ia mengambil sedikitpun dari rambutnya tidak juga dari kukunya sampai ia berqurban.   



Orang yang berqurban disyariatkan makan sebahagian dari qurbannya dan bersedekah selainya.

Sepertimana firman Allah dalam surah al-Hajj:28

“Maka makanlah sebahagian darinya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir”

Untuk binatang qurban seekor kambing / kambing biri-biri sudah memadai seorang dan keluarganya.Adapun lembu dan unta cukup untuk tujuh orang sahaja.

Semoga sedikit perkongsian saya ini bermanfaat kepada anda semua.

Wallahualam…..